Friday, September 21, 2012

Jangan Hina Rasulullah

Lailahaillallah,lailahailallah muhammadurrasulullah!!!




Tika ini dunia islam dikejutkan dengan episod berterusan penghinaan dan juga cacian terhadap susuk agung pimpinan muslim seluruh dunia iaitu Nabi Muhammad SAW.
Pihak yahudi & nasrani masih tidak puas dan terus menerus menimbulkan atau dengan kata lain sengaja menaikkan kemarahan umat islam dengan siri-siri penghinaan dan konspirasi yang amat terancang dalam usaha mereka untuk menjatuhkan umat Islam.

Namun bagi kita umat islam sendiri,adakah hanya dengan laungan dan protes dapat menukar pradigma pandangan kaum kufur tersebut terhadap umat Islam?Apa punca sebenarnya umat islam masa kini menjadi amat lemah dan sangat mudah diperkotak katik kan pada masa ini?Jawapannya amat mudah.iaitu - KESATUAN UMMAH.

mengapa ana katakan begitu?nah.jawapannya mudah.cuba selak kembali lembaran sejarah lama tamadun islam diseluruh dunia.Kita tak kalah dengan senarai-senarai khalifah-khalifah serta cerdik pandai dan cendekiawan islam.Khulafa ar rashidin,khalifah-khalifah umayyah,abbassiyah,uthmaniah dan banyak lagi.Tak lupa juga nama-nama besar seperti ibnu sina,Al-razi,Al-farabi,ibnu rusyd yang kebanyakan dari mereka mempelepori bidang seperti sains,perubatan,astronomi & bayak lagi bidang yang penting.Persoalannya sekarang..mudah...mana pergi kegemilangan Islam pada masa itu?mengapa tidak dapat kita kekalkannya sehingga hari ini?

Kita amat memerlukan seorang khalifah Islam pada masa ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam.
Lihat contoh  tindakan yang dilakukan oleh seorang pemimpin pemerintahan Uthmaniah terhadap mereka yang menghina Nabi saw

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah,pada masa itu Turki diperintah oleh Sultan Abdul Hamid II.Beliau mewarisi negara dengan keadaan yang amat teruk akibat hutang dan politik yang tidak stabil.Namun begitu beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik lantas dapat memikat hati rakyat.Namanya sering disebut dalam khutbah jumaat .Beliau berjaya mendirikan sebuah negara yang aman dan mampan.Kredibilitinya sebagai seorang pemimpin juga amat dikagumi oleh musuh-musuh Islam pada masa itu.Orang awam diberikan kebebasan beragama,keamanan dapat dipelihara dan rakyat dapat hidup sempurna.Pernah pada suatu ketika,Perancis mahu mengadakan pementasan teater yang bertajuk "Muhammad & Kefanatikan".Teater tersebut secara terang terangan mencaci Rasulullah saw & puteri baginda,Zainab.Apabila beliau mengetahui tentang perkara tersebut,lantas beliau memberi amaran kepada pihak perancis melalui dutanya supaya dihentikan teater itu atau menghadapi tindakan yang amat keras dari Pemerintah Uthmaniah.Lalu pemerintahan perancis terpaksa membatalkan teater tersebut kerana gerun dengan amaran tersebut

Tidak lama kemudian kumpulan teater itu datang pula ke England bagi membuat pementasan di London.Sultan Abdul Hamid II mendapat tahu & memberi amaran sekali lagi kepada mereka untuk memberhentikan persembahan teater tersebut.Namun mereka menolak dengan alasan tiket sudah dijual & mereka akan menanggung kerugian serta pembatalan tersebut bertentangan dengan prinsip demokrasi.Ya...demokrasi...

Melihat kedegilan penyangak tersebut,Sultan Abdul Hamid memberi amaran kepada England dengan berkata " Sekiranya drama pementasan menghina Rasulullah itu di adakan,saya tidak teragak-agak untuk mengishytiharkan jihad akbar atau jihad besar ke atas Englad kerana menghina rasulullah"

Akhirnya kerajaan England terpaksa membatalkan pementasan tersebut walaupun mendapat tentangan dari rakyatnya.Begitu hebatnya Sultan Abdul Hamid hingga seruan Jihad Akbarnya digeruni oleh pihak Eropah.


Sultan Abdul Hamid II


Selami juga kisah mereka yang sangat kasihkan Rasulullah seperti dalam kisah dibawah ini : -  

Ka’ab bin al Asyraf dibunuh kerana menghina nabi

Setelah selesai Perang Badar Nabi Muhamad saw menghantar utusan ke Madinah bagi memaklumkan berita gembira itu kepada penduduk Madinah.

Ka’ab bin al Asyraf seorang penyair Yahudi dengan sombongnya berkata. “Benarkah Muhamad berjaya mengalahkan mereka seperti yang disampaikan oleh dua utusan ini?. Padahal mereka (orang Quraisy Mekah) orang-orang Arab yang termulia dan raja manusia. Demi Tuhan, jika Muhamad berjaya mengalahkan mereka maka perut bumi lebih baik daripada permukaannya.”

Tidak cukup dengan itu Ka’ab yang pandai berpuisi mencipta puisi menghina Nabi Muhamad saw.

“Siapakah yang sanggup bertindak terhadap Ka’ab bin al Asyraf bagi mewakili aku?” Tanya Nabi Muhamad saw.

“Wahai Rasulullah, saya sanggup membunuhnya,” kata Muhamad bin Maslamah.

“Sila lakukan jika engkau sanggup melakukannya,” kata nabi.

Muhamad bin Maslamah dan kawan-kawannya menggunakan tipu helah bagi memperdayakan Ka’ab kerana penyair Yahudi itu dikatakan kuat gagah serta mempunyai ilmu sihir. Muhamad bin Salamah dan Silkan bin Salamah pura-pura dalam kelaparan datang untuk meminta makanan.

“Mahukah kamu menyerahkan anak gadis atau isteri kamu?” tanya Ka’ab dengan angkuhnya.

Muhamad bin Maslamah dan kawannya Silkan bin Salamah mengajak Ka’ab keluar dari rumahnya. Sambil berjalan Silkan berkata, “Alangkah wanginya rambut kamu wahai Ka’ab, boleh aku menciumnya?”

Ka’ab membenarkan Silkan mencium rambutnya. Kemudian Silkan meminta izin untuk mencium rambut Ka’ab kali kedua.

“Awak boleh cium rambutku sepuasnya…” kata Ka’ab dengan bangga.

Maka Silkan memegang kepala Ka’ab dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menghunus pisau lalu dikelarnya leher Ka’ab…

(Petikan dari Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam Jilid 2)


Bagaimana pula dengan kita?Laungan jihad kita?Adakah diam sahaja dikala Rasulullah sedang dicaci?Mungkin ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan perjuangan kita.Tak mengapa..


Yahudi & nasrani telah seinci demi seinci berjaya menjatuhkan umat islam.Setiap hari islam dicaci,dihina dan umatnya dibunuh.Kerana apa?Kurangnya kesatuan ummah ataupun semangat Ikwan dikalangan kita.

Melalui lipatan sejarah,seringkali kita lihat,Islam dijatuhkan dengan cara halus.

Siapa yang menikam Saidina Umar Al-Khattab ra dalam peristiwa pembunuhan beliau?Seorang muslim munafik yang bernama Abu Lukluh.Kerana apa? fitnah dan hasutan

Siapa yang melakukan pemberontakan & menikam saidina Uthman Al-Affan ra dalam siri pemberontakan semasa pemerintahan beliau?Kumpulan Al-Ghafiqi,Qurairah & Sudan bin Humran.Kerana apa? Fitnah dan hasutan

Apa punca perperangan Jamal & Shiffin? Fitnah & hasutan


Di zaman kegemilangan Pemerintahan Uthmaniyyah,siapa yang menghancurkannya?Mustafa Kamal Ataturk.Melalui apa? Fitnah dan Pengkhianatan.

Memang tidak dapat dinafikan lagi umat Islam terdahulu jika berperang,mereka memang sangat kuat sehinggakan tentera Rom & Parsi dapat mereka kalahkan.Namun tentera Islam hanya kalah dengan - fitnah,hasutan, & kekayaan atau - CINTA DUNIA

Benarlah hadith nabi saw yang berbunyi :

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang - orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Oleh itu,dengan apa yang terjadi sekarang tentang penghinaan rasulullah & ke atas apa yang belaku ke atas umat Islam,cuba tanya diri kita sendiri sebelum kita mulakan jihad kita melawan mereka,adakah kita tergolong dalam penyakit yang dinyatakan di atas :

"Cinta pada dunia dan takut pada mati".??

Bagaimana kita hendak membela rasulullah jika kita cinta dunia dan takut mati?
Jangan dilaung untuk menjadi mujahidin kalau cinta dunia dan takut mati.

Renungilah saudaraku,BERSATULAH.BERSATU demi Ummah.Nescaya Islam akan subur & gagah!!

Allahuakbar!!!

0 comments:

Post a Comment

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More