Kenali kafir Zimmi dan Harbi

Isu kafir mengkafir sekarang ini makin menjadi-jadi dan makin mengelirukan.Jadi apa makna kafir sebenar?

Ramadhan - Adakah kita benar-benar menghayatinya?

.Telah datang kepada kamu suatu bulan yang agung lagi diberkati.Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan.

Perjuangan Mujahidin Syria

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Tidak akan terjadi hari kiamat ,hingga munculnya banyak sekali kekacauan.Lalu para sahabat bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan harj (kekacauan) itu,wahai Rasullullah?Nabi SAW menjawab : Pembunuhan demi pembunuhan." (Hadis riwayat Muslim)

Fadhilat Al-Quran : Orang yang membaca Al-Quran

Ketahui kelebihan orang yang bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran

Taubat dikala zahir tanda-anda akhir kiamat?

Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku),adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat seseorang yang bertaubat?Adakah pada saat itu masih diterima orang kafir yang hendak memeluk agama Islam?Adakah pada ketika itu amaln soleh masih diangkat kepada Allah SWT?Adakah pada ketika itu orang Islam masih wajib bersolat?Kalau masih wajib,bagaimana pula cara kita mengerjakannnya?

Thursday, February 14, 2013

Quraish & Melayu


Allah swt menurunkan Al-quran 1400 tahun dahulu pada Nabi Muhammad,bukanlah hanya untuk kita membacanya tanpa memahami apa2 makna dan pengajaran yang terkandung didalamnya.Banyak kisah-kisah umat terdahulu yang diceritakan oleh Allah boleh dijadikan pengajaran buat kita menjalani hidup yang penuh dengan dugaan di akhir zaman ini.benarlah hadith rasulullah yang menyatakan " aku meninggalkan kamu dengan dua perkara.Dimana jika kamu tetap padanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya.Iaitu Al-Quran & sunnah".Al-quran memang perlu dalam kehidupan kita.seperti mana perlunya kita pada panduan untuk menyelusuri jalan yang gelap,seperti itu jugalah kita memerlukan al-quran dan sunnah dalam memandu kehidupan kita seharian.

Kita bawa kembali ruang imaginasi kita pada zaman dahulu.Membayangkan kita berada ditengah-tengah kelompok arab jahiliyah di Mekah.Atau denga tepat lagi berada ditengah kelompok Arab Quraish.Pernahkah kita terfikir mengapa Allah berkali-kali menyebutkan bangsa ini dalam al-quran.Apa keistimewaannya?Secara kasar & umumnya bangsa quraish adalah bangsa yang amat dihormati di Mekah.Walaupun mereka adalah bangsa yang amat dimuliakan di mekah namun mereka mengalami masalah sosial yang amat teruk.Penyembahan berhala,maksiat,amalan-amalan nenek moyang yang karut, amat sebati dalam hidup mereka.Kita sedia maklum dengan amalan membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.Bagi mereka perempuan itu sial dan menyusahkan.Masyarakat quraish memang menghadapi masalah yang amat meruncing dari segi sosialnya.Namun dari segi ekonomi mereka tidak kurang hebatnya.Kebanyakan dari mereka adalah golongan-golongan pembesar & juga pedagang-pedagang.Oleh sebab masalah sosial yang meruncing tersebutlah Allah mengutuskan Rasulullah SWT untuk memandu mereka kepada cara hidup yang di berkati & dirahmati oleh Allah SWT.

Selepas kedatangan rasulullah,barulah kaum ini dimuliakan dalam Al-Quran sehinggakan terdapat satu surah didalam alquran dinamakan dengan surah Al-Quraish.Mulianya quraish ini adalah bukan datang dari kemuliaan harta benda mereka,bukan dari ekonomi mereka,bukan dari keturunan mereka tetapi mereka dimuliakan kerana mereka mengabdikan diri kepada Allah.Oleh itu nilai pengabdian diri yang sebenar-benarnya adalah pengabdian diri kepada Allah dan bukan berdasarkan bangsa.Zaman ini banyak orang yang lebih memperjuangkan nilai bangsa daripada nilai diri.

Kita lihat terjemahan surah Quraish : -

-kerana kebiasaan orang-orang Quraisy

-kebiasaan mereka bepergian pada musim dinagn dan musim panas

-maka hendaklah mereka menyembah tuhan rumah ini (Ka'bah)

-(dia) yang telah memberi makan pada mereka dari rasa lapar dan (dia) telah memberi rasa aman kepada mereka dari rasa ketakutan

Secara mudahnya surah ini menceritakan tentang satu keadaan atau kebiasaan kaum quraish yang selalu keluar berpergian atau berdagang sama ada dalam musim sejuk atau pun musim panas.Pada musim sejuk mereka akan menuju ke Yaman dan pada musim panas mereka akan menuju ke Syam (pada masa kini lebih dikenali sebagai gabungan negara Palestin,Syria & Jordan)Maka Allah memerintahkan mereka untuk menyembah Tuan Ka'bah iaitu Allah.Namun masih ada yang mengatakan untuk apa perintah itu perlu dilakukan & Allah menjawabnya dalam ayat keempat dimana Allah lah yang menghilangkan rasa lapar iaitu memberi rezki & mengamankan mereka dari pada rasa ketakutan.

itu secara ringkasnya.Mari kita sama-sama melihat sudut pengolahan & pemahaman ayat ini dengan jelas.

Allah memerintahkan kaum yang ada pada masa itu iaitu kaum Quraish.Dalam surah ini sahaja Allah menyeru semua kaun tidak kira apa kaum pun,untuk menyembah Allah SWT.Pemahaman konsep surah Quraish ini amat mudah.

Allah memerintahkan apa saja kaum,apa saja kebiasaan mereka atau perkerjaan mereka,walau dimanapun mereka berada,"fal ya' budu robbaha zal bait",maka hendaklah mereka menyembah tuhan rumah ini (Ka'bah),dengan cara melakukan segala ibadah ibadah yang telah difardhukan ke atas mereka.Untuk apa?Kerana Allah lah yang menghilangkan rasa lapar iaitu memberi rezki & mengamankan mereka dari pada rasa ketakutan.

Cuba kita lihat dalam konteks kaum kita pada masa kini - Melayu.

Kerana kebiasaan orang-orang melayu,yang pada masa kebiasaan mereka berpeleseran,bermalas-masalan & berterus-terusan membuat maksiat.Maka hendaklah mereka kembali meyembah Allah.Dengan menegakkan kembali syiar-syiar dan undang undang Allah.Maka dengan itu Allah akan memberikan kebaikan dari segi ekonomi & kebaikan sosial kepada Melayu.

Kadang kala bila dilihat kembali bangsa melayu sebenarnya ada nilai yang amat berharga.Setiap kaum Allah kurniakan keistimewaan pada mereka.Tapi akibat lalai dan tidak menghayati ajaran AlQuran maka mereka lalai dan tersasar dari matlamat sebenar penciptaan mereka di muka bumi ini.Itulah yang merosakkan mereka sebenarnya.

Boleh kita kira dengan jari berapa kerat sahaja anak melayu yang betul betul berjaya dengan mengikut landasan alquran.Kita amat tidak menitikberatkan setiap pengajaran yang ada dalam quran.Oleh itu kita perlu menanamkan pada bangsa kita rasa suka dan minat unutk mempelajari pengajaran-pengajaran dalam quran yang memang terdapat banyak penceritaan didalamnya.

Jadi kesimpulan dari surah yang amat mendalam pengajarannya ini,tak kira apa kaum,apa saja pangkat kamu,tidak kira siapa kamu,dimana saja kamu berada,apa saja pekerjaan kamu,apa saja kebudayaan kamu,apa sahaja aktiviti kamu,ingat,sembahlah ALLAH kerana apabila kita menyembah Allah & menegakkan syiarnya di muka bumi ini maka ALLAH dengan janjinya akan menganugerahkan pada kita rezeki & ekonomi yang kukuh & juga keamanan sosial yang sentiasa terpelihara dalam keberkahan Allah SWT

Wallahua'lam

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More