Kenali kafir Zimmi dan Harbi

Isu kafir mengkafir sekarang ini makin menjadi-jadi dan makin mengelirukan.Jadi apa makna kafir sebenar?

Ramadhan - Adakah kita benar-benar menghayatinya?

.Telah datang kepada kamu suatu bulan yang agung lagi diberkati.Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan.

Perjuangan Mujahidin Syria

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Tidak akan terjadi hari kiamat ,hingga munculnya banyak sekali kekacauan.Lalu para sahabat bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan harj (kekacauan) itu,wahai Rasullullah?Nabi SAW menjawab : Pembunuhan demi pembunuhan." (Hadis riwayat Muslim)

Fadhilat Al-Quran : Orang yang membaca Al-Quran

Ketahui kelebihan orang yang bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran

Taubat dikala zahir tanda-anda akhir kiamat?

Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku),adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat seseorang yang bertaubat?Adakah pada saat itu masih diterima orang kafir yang hendak memeluk agama Islam?Adakah pada ketika itu amaln soleh masih diangkat kepada Allah SWT?Adakah pada ketika itu orang Islam masih wajib bersolat?Kalau masih wajib,bagaimana pula cara kita mengerjakannnya?

Wednesday, April 11, 2012

Taubat dikala zahir tanda-tanda akhir kiamat



Petikan dari kitab Furu' Al-Masail karangan Maulana syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani :

Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku),adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat seseorang yang bertaubat?Adakah pada saat itu masih diterima orang kafir yang hendak memeluk agama Islam?Adakah pada ketika itu amaln soleh masih diangkat kepada Allah SWT?Adakah pada ketika itu orang Islam masih wajib bersolat?Kalau masih wajib,bagaimana pula cara kita mengerjakannnya?

Pada saat itu,Allah tidak akan menerima lagi taubat orang mukallaf mahupun orang yang melakukan maksiat,begitu juga Allah tidak akan menerima keIslaman orang kafir yang ingin memeluk Islam

Adapun segala amalan soleh dan juga segala amalan sunat masih diangkat dan dibawa menghadap Allah SWT kerana segala hukum wajib dan sunat masih kekal seperti keadaannya.Manakala matahari akan terus naik sehingga gelincirnya dan selepas itu kembali turun seperti kebiasaannya

Nota kaki : Bersempena dengan kejadian gempa bumi di Acheh baru-baru ini,maka,masih sempat lagi bagi kita untuk bertaubat sebelum Allah menutup semua pintu taubat pada hambanya.


Wallahu'alam

Kisah disebalik penurunan Surah Al-Ikhlas





Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah s.a.w dengan berkata : "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu"

Maka penurunan ayat diatas adalah sebagai tuntutan untuk menjawab pertanyaan kaum musyrikin tersebut.

(Riwayat at Tarmizi, al hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi Aliyah dari Ubay bin Kaab)

Dalam riwayat yang lain ada dikemukakan bahawa kaum Yahudi datang menghadap Rasulullah,diantaranya adalah Ka'bubnul Asyraf dan Hay bin Akhtab.Mereka berkata : "Hai Muhammad,ceritakan kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu."

Maka penurunan ayat ini (Surah Al-Ikhlas) adalah disebabkan peristiwa tersebut

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
(Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Qatadah dan ibnu Munzir dari Said bin Jubair)
(Dengan riwayat ini Said bin Jubair menegaskan bahawa surah ini adalah Madaniyah)

Dalam riwayat yang lain pula ada dikemukakan bahawa kaum Ahzab berkata : "Ceritakan sifat Tuhan kamu kepada kami."Maka datanglah Jibril menyampaikan surah ini (Surah Al-Ikhlas) yang menceritakan tentang sifat-sifat Allah.

[ Petikan kitab :  Asbabun Nuzul ]


Nota kaki : 

Sesungguhnya penurunan surah ini adalah menjadi pegangan kepada kita dan untuk memberitahu kepada kita semua tentang sifat Allah,Tuhan yang Esa,tempat semua makhluk bergantung kepadanya,tidak beranak & diberanakkan & tiada sesiapa pun yang setanding denganNya - satu jawapan yang ringkas & padat untuk menjawab kemusykilan orang kafir kepada Allah swt.

Jadi,bila ada orang kafir yang bertanya tentang Allah,maka inilah jawapan yang sebaik-baiknya

Wallahu'alam

Kisah disebalik Penurunan Surah Al Falaq & An Naas




Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah terkena sakit yang agak parah sehingga datang kepadanya dua Malaikat,satu duduk di sebelah kepalanya & satu lagi duduk disebelah kakinya.

Berkatalah malaikat yang duduk di sebelah kakinya kepada malaikat yang duduk di sebelah kepalanya : "Apakah yang engkau lihat?"Malaikat itu menjawab : "Dia terkena guna-guna".Malaikat itu bertanya lagi : "Apakah guna-guna itu?"Malaikat itu menjawab : "Guna-guna adalah sihir"

Kemudian malaikat itu bertanya lagi  : "Siapakah yang membuat sihirnya?"Malaikat itu menjawab : "Labid bin al Asham Alyahudi.Sihirnya adalah berupa gulungan yang disimpan di dalam sumur keluarga si Fulan dibawah sebiji batu besar.Datanglah ke sumur itu,timbalah airnya & angkatlah batunya.Kemudian ambil gulungan tersebut & bakar."

Pada keesokan paginya Rasulullah mengutus Ammar bin Yasir beserta kawan-kawannya.Apabila tiba di sumur tersebut,tampaklah airnya merah seperti air inai.Air itu ditimbanya & diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan tersebut & terus dibakar.Ternyata di dalam gulungan tersebut terdapat tali yang terdiri daripada sebelas simpul.

Maka penurunan kedua surah diatas adalah berkenaan dengan peristiwa tersebut.Setiap kali Rasulullah saw membaca satu ayat maka terbukalah simpulannya.

(Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam kitab Dala'ilun Nubuwwah dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)  

Keterangan : 

Didalam kitab Bukhari terdapat syahid(penguat hadis) yang menceritakan seperti di atas tetapi tidak menyebut tentang sebab turunnya kedua surah tersebut.Manakala dalam riwayat lain pula ada syahid yang menceritakan seperti di aats & menyebut sebab turunnya kedua surah itu

Dalam riwayat lain pula ada dinyatakan bahawa kaum Yahudi menyediakan makanan untuk Rasulullah.Setelah makan makanan tersebut, tiba-tiba Rasulullah jatuh sakit sehingga sahabat-sahabatnya merasakan bahawa penyakit itu timbul dari perbuatan Yahudi itu.Maka turunlah Jibril membawa dua surah ini dan membacakan ta'udz ( adalah ucapan a’udzu billahi minasy syaithonir rojim. Artinya, aku berlindung kepada Allah dari (godaan, kejahatan, bisikan) setan yang terkutuk)

Seketika itu juga Rasulullah keluar menemui sahabat-sahabatnya dalam keadaan sihat walafiat

(Kitab Asbabun Nuzul : Sejarah Turunnya Ayat Al-Quran karya Imam Jalaluddin As Sayuthi)

Nota kaki : 

Dua surah yang pendek namun banyak khasiat & fadhilatnya.Antaranya seperti yang dinyatakan di atas iaitu pelindung dari pada sihir dengan izin Allah.Dalam kisah di atas juga di riwayatkan bahawa Rasulullah saw pun terkena sihir,inikan pula kita umatnya yang lemah dan jahil ini.Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu terdapat penyembuh penyakit.Kita sahaja yang lalai & tidak bergantung kepada Allah.Malah hanya bergantung pada makhluk & selebihnya tawakkal pada Allah swt. 

Oleh itu amalkanlah membaca surah Al Falaq & surah An Naas.Mudah-mudahan dengan amalan yang kita lakukan itu maka terhindarlah kita dari sihir & tipu daya syaitan.

Wallahu 'alam

 

Monday, April 9, 2012

Fadhilat Al-Quran - Orang yang membaca Al-Quran





'Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Seseorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur.Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran"

(Hadith riwayat Bukhari,Muslim,Abu daud,Tarmizi dan Ibnu Majah)

Seseorang yang ahli dalam Al-Quran bermakna seorang yang menghafal Al-Quran dengan baik & sentiasa membacanya.Sekiranya dia dapat menguasai makna & maksud Al-Quran maka itu adalah lebih baik lagi.'Akan berada bersama malaikat' bermaksud bahawa sebagaimana para malaikat itu bertugas memindahkan Al-Quran daripada Lauh Mahfuz(kitab yang terpelihara disisi Allah),demikian juga pembaca Al-Quran,dia menyebarkan dan menyampaikan Al-Quran kepada orang lain.Seolah-olah kedua-dua mereka mempunyai tugas yang sama.Atau kenyataan itu membawa maksud bahawa pembaca Al-Quran itu akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari kiamat

Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran,satu ganjaran untuk bacaannya & satu lagi kerana dia menanggung susah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat.Namun,ini tidaklah bermakna bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada ganjaran seorang yang mahir.Ganjaran yang telah dinyatakan untuk orang mahir,berlipat kali ganda lebih besar daripada ganjaran untuknya,sehingga orang yang mahir dikatakan akan berhimpun bersama-sama dengan para malaikat yang khusus.Malah,maksud kenyataan itu ialah,disebabkan dia bersusah payah membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat maka dia akan mendapat ganjaran yang berasingan.Oleh itu,JANGANLAH SESEORANG MENINGGALKAN MENINGGALKAN PEMBACAAN AL-QURAN KERANA ALASAN PEMBACAANNYA TERSEKAT-SEKAT.

Mulla Ali Qari r.a telah menukilkan semula daripada hadith riwayat Tabarani & Baihaqi bahawa seseorang yang cuba menghafal Al-Quran tetapi tidak dapat mengingatinya akan mendapat dua ganjaran.Begitulah juga seseorang yang sentiasa bercita-cita untuk menghafal Al-Quran tetapi tidak ada kekuatan untuk mengingatinya,namun dia tidak meninggalkan pembacaannya maka dia akan dihimpunkan oleh Allah swt bersama para hafiz di hari kiamat

Wallahu 'alam

[Petikan kitab Fadhilat Amal - Fadhilat Quran (Hadith ke 4)]

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More