Thursday, June 7, 2012

Perbezaan antara Malaikat,Iblis,Jin & Syaitan

Seperti kejadian manusia dari tanah,maka asal kejadian malaikat adalah dari pada Nur iaitu cahaya.Manakala asal kejadian Jin itu adalah daripada nyalaan Api.Sebagaimana tersebut dalam riwayat Muslim Rasulullah SAW bersabda :

"Dijadikan malaikat itu daripada Nur dan dijadikan Jin itu daripada nyalaan api,dan dijadikan Adam dari apa yang disifatkan bagi kamu"

Untuk membezakan antara Jin dan Malaikat,kita perlulah mengetahui takrif atau definisi dari setiap makhluk tersebut.Menurut Assyaikh Thahir al Jazairi :

"Malaikat adalah dzat-dzat halus yang dijadikan daripada Nur.Mereka tidak makan & mereka tidak minum & mereka itu adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan.Tak pernah mereka mendurhakai Allah dalam apa yang diperintahkan & selalu melakukan apa sahaja yang Allah perintahkan" 

Manakala jin pula adalah seperti yang kita maklum adalah makhluk yang dijadikan daripada api.Tetapi mari kita hayati maksudnya dengan lebih luas,seperti yang dikatakan oleh Assayyid Alawi bin Ahmad Assaggf :

"Jin itu adalah dazt-dzat yang halus,sebangsa Hawa,yang dapat berubah bentuk dengan bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh.Sebahagian dari mereka ada yang beriman & ada yang kafir,ada yang taat & ada yang durhaka"

Manakala iblis pula,dari segi lafaz sebutannya adalah Ablasa,yublisu,ilbasan, yang maknanya - putus asa

Seperti yang kita tahu Nabi Adam A.S adalah bapa segala manusia,maka Iblis adalah bapa segala Jin,seperti yang dinyatakan oleh Atthabari :

" Tidak adalah iblis itu dari pada malaikat sekejap mana pun,dan sesungguhnya dia itu asalnya jin,sebagaimana bahwasanya Adam asalnya manusia"

Harus diperingatkan bahawa Iblis adalah bukan dari golongan malaikat.



Sekarang kita lihat berkaitan Syaitan pula.

Menurut Assyaikh Ahmad Asshawi;

"Perkataan syaitan adalah berasal dari Syathana,ertinya jauh dari Rahmat.Ada juga dikatakan berasal dari perkataan Sya-tha - terbakar.Dan syaitan itu nama bagi tiap-tiap yang durhaka dari bangsa Jin & Manusia"

Dalam keterangan diatas dapatlah kita pastikan bahawa Syaitan itu adalah nama sifat & ia tidaklah diberi bentuk atau asal tertentu.Kalau Jin bersifat durhaka,dia adalah Syaitan.Demikian juga manusia,jika dia durhaka,maka dia adalah bersifat syaitan.Kadangkala syaitan itu diguna pakai untuk iblis & kadangkala diguna pakai untuk manusia.

Disebutkan dalam surah An'am ayat 112 :





Syaitan manusia itu boleh digolongkan kadangkala teman kita,rakan kita,isteri kita,anak kita & sesiapa sahaja yang menghalang kita dari jalan taat kepada Allah SWT,bahkan kita juga boleh menjadi Syaitan.-Nauzubillah.

Dalam memperkatakan konteks syaitan ini,Malik bin Dinar pernah berkata :

"Sesungguhnya syaitan manusia itu lebih hebat atasku daripada syaitan jin.Maksudnya : Apabila aku berlindung kepada Allah,berlalulah daripadaku syaitan Jin.Sedang syaitan manusia itu datang kepadaku,mereka menyeret aku ke pada segala kemaksiatan"

 Setiap manusia di muka bumi ini ada diberikan teman dari pada syaitan Jin & malaikat.Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh imam muslim :

"Bahawa Rasulullah SAW berkata bagi Aisyah : Menyertai tiap manusia satu syaitan & satu malaikat.Berkatalah Aisyah : Dan juga bersama engkau ya Rasulullah?Sabdanya : Ya.tetapi Allah telah memberilan pertolongan Nya kepada aku atas melawannya,sehingga dia masuk Islam"

Oleh itu,setiap kita memang ada penemannya atau dalam bahasa Melayunya pendampingnya.Terpulang kepada kita untuk mencorak pendamping itu.


Wallahua'lam





1 comments:

very informative. clear facts. good write up.

Post a Comment

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More