Thursday, September 6, 2012

Jangan hanya bicara tentang memperjuangkan bangsa



Allah swt berfirman dalam surah Al-Imran ayat 105:

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi & nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh nabi-nabi Allah).Dan mereka yang bersifat demikian ,akan beroleh azab seksa yang besar"


baling kasut dalam masjid..
di mana nilai estetika kita ?
di kala orang ramai masih tercari dan terkapai mencari nilai estetika murni dalam berpolitik
kita sering digembar - gemburkan dengan perkara buruk pihak pembangkang dan begitu juga sebaliknya

ana bercerita dan memberikan pendapat sebagai seorang muslim dan bukan seorang yang berlatarbelakangkan bendera hijau,biru,biru muda & lain-lain latarbelakang.
ana bercerita sebagai seorang muslim yang amat hampa dan kecewa melihat gelagat melayu islam kita sekarang

ana tertarik untuk melihat insiden tersebut yang sedang hangat di youtube.
kita lihat sahaja insiden serangan di masjid di Alor setar

muda mudi kita,macik-makcik kita,pakcik-pakcik kita,
terjerit-jerit diperkarangan masjid
terlolong-lolong di perkarangan rumah Allah
terkinja-kinja memperjuangkan bangsa

yang makcik terpekik-terpekik tanpa segan silu
yang pakcik berjalan mendada mempertahan kan bangsa
yang muda menunggu arahan dari yang tua

tapi,pada akhirnya..apakah nilai yang paling utama mereka dapat dari hasil perlakuan mereka itu?

bukankah lebih baik mereka masuk bersama-sama dan duduk dulu mendengar apa bahan yang ingin disampaikan?
bukannya dengan membuat hingar-bingar dan terjerit-jerit di perkarangan masjid
janganlah dilaung ingin memperjuangkan bangsa kalau beginilah nilai estetika minda kita berfikir sebagai seorang melayu muslim

ana malu bukan sebab mereka itu terjerit terpekik tapi ana malu sebab saudara semuslim ana bertindak seperti itu.bertindak seperti orang arab pada zaman jahiliyah dahulu.adakah mereka tidak mempelajari sejarah umat yang terdahulu?perlakuan mereka saling tak tumpah seperti umat terdahulu.
tak pernah pulak ana lihat ditokong atau kuil,penganut agama lain berkelakuan sedemikian.
Jikalau pun perkara tersebut terjadi,apa yang mereka lakukan? - mereka selesaikan di meja rundingan.
semuanya boleh diselesaikan andai ada rundingan dan tolak ansur kedua-dua belah pihak.
tidak salah memberi peluang pada pihak lain untuk mengutarakan pendapat atau memberi tazkirah.Kita sama-sama berlapang dada.dengar dulu.Gunakan akal dan fikiran yang waras untuk sama-sama menilai kredebiliti pimpinan masing-masing.Tapi yang amat-amat membuatkan ana rasa pelik,dimana pihak berkuasa yang di amanahkan untuk mengawal keselamatan?adakah perhimpunan mereka itu mendapat permit?dan seolah-oleh mereka semua bebas berbuat apa sahaja pada hari itu.mungkin juga perbuatan mereka itu amat direstui kepimpinan mereka?
musykil juga ana..


bukankah Allah telah nyatakan awal-awal dulu dalam surah Al-Baqarah ayat 114 :

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang dari menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya dan berusaha untuk merobohkannya?mereka itu sepatutnya tidak masuk kedalamnya (masjid Allah) kecuali dengan rasa takut (kepada Allah).Mereka didunia mendapat kehinaan dan diakhirat mendapat siksa yang berat".

Mereka terang terangan menghalang orang ramai untuk memakmurkan masjid Allah.
Perkataan "mereka itu sepatutnya tidak masuk kedalamnya (masjid Allah) kecuali dengan rasa takut (kepada Allah)" sudah terang terang memberi peringatan bahawa masjid bukanlah tempat untuk menunjuk gagah atau dengan perlakuan kurang sopan.masjid hanya untuk tempat orang yang hatinya tetap dan bertaqwa pada Allah swt

Adakah kita dapat lihat perlakuan yang bertentangan dengan agama dalam insiden serangan di masjid itu?Penceramah hanya berkata perkara berkaitan agama.Nah..kalau betul pun pasal politik (ana tiada di tempat kejadian),kosongkan sahaja dewan sembahyang,biarkan dia berbicara seorang.mudah bukan?mengapa lebih suka mencari mudharat dari menyelesaikan masalah dengan cara sedemikian rupa?

Jadi sebelum menjadi pejuang & penegak bangsa,isi dulu rohani kita dengan sifat-sifat mazmumah,didik ruh kita dengan kelembutan & ketegasan.Asah minda & fikiran sebelum melakukan tindakan.Penuhi cara hidup dengan cara Al-Quran & sunnah.Insyaallah dengan sendirinya perjuangan kalian akan dibantu oleh Allah swt.

Kalau tak percaya,kalian bacalah sejarah & riwayat hidup pemimpin Islam agung terdahulu.Perhatikan cara mereka membawa pimpinan.Perhatikan cara hidup mereka & perhatikan apa sebenarnya tunjang perjuangan mereka.Mereka berjuang atas nama Islam.Bukan bangsa Arab.

Kalau begitulah cara dan gaya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan bangsa ana,minta maaf lah.ana rasa kurang elok & kurang mantap untuk mereka labelkan diri mereka sebagai pejuang bangsa.Contohilah semangat ikhwanul muslimin.Itu baru perjuangan namanya.

bukan ana tak perasan yang selama ini media massa sangat agresif.sangat bersungguh-sungguh dalam memberikan gambaran tentang senario yang berlaku sekarang.hati ana jadi tawar untuk menyelak lembaran-lembaran akhbar sekarang.semuanya berat sebelah.seolah-olah cuba untuk melatih minda kita untuk menerima semua berita tersebut bulat-bulat.
tapi terdetik di hati ini,perkataan demokrasi dan hak kesamaan.Media seolah-olah memberi laporan berat sebelah.
persoalannya adalah....adakah situasi ini menunjukkan persaingan yang sihat dalam politik?
adakah ini menunjukkan persaingan yang matang dalam politik?
dan yang paling utama,adakah ini cara politik sorang pemimpin muslim?
ana yakin,setiap pemimpin yang tertanam nilai iman di dalam dadanya akan menyerahkan kepada rakyatnya sendiri untuk menentukan siapa pemimpin mereka.
adakah dengan cara memonopoli media masa dan media cetak membuatkan sokongan pada mereka bertambah kuat?
adakah dengan cara menabur cerita-cerita & isu-isu lapok membuatkan nilai patriotisme rakyat bertambah?
ataupun adakah dengan menaburkan pelbagai kempen berunsurkan bantuan kewangan membuatkan rakyat dengan mudah berubah pilihan menyokong mereka?
tindakan yang mereka lakukan itu seolah-olah menjerat & mendedahkan kepincangan mereka sendiri.

Lihat sahajalah pada sambutan kemerdekaan pada tahun ini.Apa dah jadi?

Apa makna merdeka?jawapannya sangat global,iaitu bebas dari cengkaman penjajah.bagi ana,kemerdekaan sebenar dari ana adalah ana bebas melakukan apa sahaja berlandaskan syariat islam tanpa ada sekatan atau halangan dari mana-mana pihak.bukan bermakna ana boleh melakukan apa sahaja,tetapi setiap perlakuan ana,ana dipertangunggjawabkan.Ana boleh beribadat,berkarya,bergembira,memberi pendapat dan lain-lain tanpa kekangan.Merdeka hanya ada pada catatan kalendar.Sampai tarikh 31hb ogos,maka hari itulah perayaan merdeka disambut.Tapi,lihat dengan mata hati & akal fikiran yang waras,cari erti sebenar kemerdekaan...bukan hanya tahu melolong merdeka!!merdeka!!! dan melompat-lompat diiringi konsert & pertunjukan bunga api,tapi mentaliti & cara hidup masih dijajah.

Oleh itu,sekarang,kemaskanlah iman,kuatkan aqidah,semai nilai-nilai keislaman dalam hidup kita untuk mencapai nilai yang di redhai Allah swt.

p/s : ingat senang ke nak jadi seorang pejuang bangsa berteraskan agama?




0 comments:

Post a Comment

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More