Kenali kafir Zimmi dan Harbi

Isu kafir mengkafir sekarang ini makin menjadi-jadi dan makin mengelirukan.Jadi apa makna kafir sebenar?

Ramadhan - Adakah kita benar-benar menghayatinya?

.Telah datang kepada kamu suatu bulan yang agung lagi diberkati.Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan.

Perjuangan Mujahidin Syria

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Tidak akan terjadi hari kiamat ,hingga munculnya banyak sekali kekacauan.Lalu para sahabat bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan harj (kekacauan) itu,wahai Rasullullah?Nabi SAW menjawab : Pembunuhan demi pembunuhan." (Hadis riwayat Muslim)

Fadhilat Al-Quran : Orang yang membaca Al-Quran

Ketahui kelebihan orang yang bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran

Taubat dikala zahir tanda-anda akhir kiamat?

Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku),adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat seseorang yang bertaubat?Adakah pada saat itu masih diterima orang kafir yang hendak memeluk agama Islam?Adakah pada ketika itu amaln soleh masih diangkat kepada Allah SWT?Adakah pada ketika itu orang Islam masih wajib bersolat?Kalau masih wajib,bagaimana pula cara kita mengerjakannnya?

Thursday, March 29, 2012

Hadith Akhir Zaman - Penyakit Rohani





"Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda " Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat dahulu".Sahabat bertanya,"Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu?"Nabi saw menjawab, "Penyakit-penyakit itu adalah : (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi"



H.R Hakim

Hadis ini seperti yang dinyatakan di atas,telah membuktikan tentang apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.Nabi saw menyebutkan tentang 6 jenis penyakit rohani yang akan menimpa umat akhir zaman dimana penyakit rohani ini telah ditimpakan Allah SWT pada umat-umat yang terdahulu.

Kita dapat lihat hari ini ramai lagi umat-umat yang berseronok sehingga melampaui batas.Kadangkala keseronokan mereka hingga lupa & lalai tentang agama.Ditambah pula lagi dengan hiburan yang sekarang ini tiada sempadan & halangan.Pengaruh-pengaruh dari barat juga banyak memainkan peranan dalam masyarakat yang sedia ada sekarang.Adakah mereka lupa dengan seruan Allah yang berbunyi : 

Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (Az-Zariyat : 56)

Dalam ayat ini secara terang-terangan menunjukkan bahawa tidaklah kita ini diciptakan oleh Allah dengan sia-sia.Sesungguhnya penciptaan kita ini ada hikmah & tujuannya.Maka beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melihat maksud tersirat disebalik firman Allah tersebut

Umat manusia sekarang juga lebih mementingkan kebendaan & kemewahan.Dunia adalah segala-galanya.Mereka lupa janji mereka pada Allah yang berbunyi :  sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku & matiku,adalah kerana Allah SWT.Mereka lalai dengan duniawi sedangkan masa untuk beribadat tidak lama.Itupun jika disertakan dengan wirid & doa yang panjang.

Penyakit rohani yang dinyatakan oleh Nabi saw dalam hadis diatas memang telah nyata pada zaman ini.Dunia Islam kini dilanda krisi rohani yang amat meruncing.Mereka juga menurutkan hawa nafsu.Bila jiwa kosong,maka hawa nafsu akan bermaharajalela & mengambil alih peranan akal untuk bertindak secara waras.Oleh sebab itu maka hilanglah nilai-nilai akhlak murni yang wujud dalam diri seorang muslim itu & digantikan dengan sifat kecurangan,khianat,hasad dengaki & sebagainya


Marilah sama-sama kita renungkan maksud hadis ini & sama-sama kita bermuhasabah,agar dapat menjadi peringatan pada kita semua

Wallahu'alam

Fadhilat Amalan 99 Nama Allah (Selepas fardhu Subuh)

Bismillah.....

Sesungguhnya Allah Maha Kaya & Maha Kuasa.Kekuasaan Allah memang telah terbukti & tiada tolok bandingnya seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-4 :

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( ُق ْ ل هُوَ اللَّهُ َأحَدٌ ( 1
1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
( اللَّهُ الصَّمَدُ ( 2
2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.
( َلمْ يَلِدْ وََلمْ يُوَلدْ ( 3
3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
( وََلمْ يَ ُ كن لَّهُ ُ كُفوًا َأحَدٌ ( 4
4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.


Ayat ini walaupun pendek namun ia cukup untuk membuktikan bahawa kekuasaan Allah SWT itu adalah tiada tolok bandingnya.Kehebatan ayat ini terbukti sehingga Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

 "Demi jiwaku di tanganNya,sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Qur'an."

Demikian lah hebatnya Kekuasaan Allah & ayat-ayatnya.

Kebesaran & kehebatan Allah juga terkandung dalam 99 namanya.

Tahukah kita bahawa nama-nama Allah ini juga mempunyai fadhilat & khaifiatnya jika kita amalkan?
Ini adalah serba sedikit amalan-amalan yang kita boleh lakukan disamping dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT,Tuhan yang Maha Agung.Sesungguhnya,rahmat & kasih sayang Allah terhadap hambaNya adalah sangat luas.

Amalan 99 nama Allah selepas Solat Subuh : -

Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang  mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya.  Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan  di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.




*nota kaki - Waktu subuh adalah waktu paling susah untuk umat Islam menunaikan solat.Mengapa?Kita boleh lihat berapa ramai yang bangun sama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah?Paling kuat pun satu saf.Itupun susah.Salah satu perkara yang ditakuti oleh orang-orang yahudi adalah bila mana umat Islan kebanyakannya sudah boleh bangun solat Subuh berjemaah.Itu adalah kekuatan kita sebenarnya.Berapa ramai yang mampu bangun dikala semua orang sedang nyenyak tidur dalam selimut tebal mereka?Beruntunglah mereka yang dapat menunaikan solt subuh berjemaah.

Wallahu'alam


Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More