Kenali kafir Zimmi dan Harbi

Isu kafir mengkafir sekarang ini makin menjadi-jadi dan makin mengelirukan.Jadi apa makna kafir sebenar?

Ramadhan - Adakah kita benar-benar menghayatinya?

.Telah datang kepada kamu suatu bulan yang agung lagi diberkati.Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan.

Perjuangan Mujahidin Syria

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Tidak akan terjadi hari kiamat ,hingga munculnya banyak sekali kekacauan.Lalu para sahabat bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan harj (kekacauan) itu,wahai Rasullullah?Nabi SAW menjawab : Pembunuhan demi pembunuhan." (Hadis riwayat Muslim)

Fadhilat Al-Quran : Orang yang membaca Al-Quran

Ketahui kelebihan orang yang bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran

Taubat dikala zahir tanda-anda akhir kiamat?

Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku),adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat seseorang yang bertaubat?Adakah pada saat itu masih diterima orang kafir yang hendak memeluk agama Islam?Adakah pada ketika itu amaln soleh masih diangkat kepada Allah SWT?Adakah pada ketika itu orang Islam masih wajib bersolat?Kalau masih wajib,bagaimana pula cara kita mengerjakannnya?

Sunday, July 29, 2012

Akar Persengketaan

Usai menonton bicara ulama : dakwah atau politik, ana suka mendengar keseluruhan panel dengan pakej ideologi dan fahaman masing-masing. tidak keterlaluan ana katakan kesemua mereka hebat-hebat belaka dari struktur ilmu dan imej yang gah dilihat umum. ana suka memetik kata-kata tan sri harussani, berkenaan perpecahan yang timbul kebelakangan ini melibatkan melayu kita. bagi ana, secara peribadi, perpecahan ini tidak sekadar berlaku di kalangan melayu kita, tetapi umat islam secara keseluruhannya. soalnya, apakah punca utama yang mencetuskan perubahan di kalangan masyarakat kita hingga mewujudkan persengketaan, perpecahan dan pergeseran antara kita?
 
 
 



1 - sejarah.

ini sudah terlalu pasti kerana bukan sahaja melayu kita kerap menjulang atas nama melayu, bahkan sentimen ini wujud atas dasar sejarah yang pernah terukir di hati masing-masing. ambil contoh, sungguhpun melayu kita punya rumpun yang terlalu besar empayar 'kemelayuan'nya, adakah kita turut melabel masyarakat melayu di indonesia sana sebagai 'melayu' atau sekadar mencacah butiran 'indon' di dahi mereka? sedangkan pada dasarnya, kita juga berasal dari sana. umum mengetahui bahawa melayu kita, tidak dibangunkan di tanah melayu sendiri, melainkan masyarakat orang asli yang sebetulnya pernah menginap di gua-gua dan kawasan hutan yang sangat tebal satu masa dahulu. jadi, soal ana, adakah benar kita layak mengaku bahawa tanah melayu ini, benar-benar milik kita dan selayaknya kita mengagungkan isu 'hak keistimewaan orang-orang melayu'? atau adakah kita sebenarnya terlupa pada sejarah kita sendiri, yang kita juga sebenarnya pendatang dari pulau seberang; seperti masyarakat cina dan india, cuma dipisahkan jarak masa yang tertentu? tidakkah itu menjadikan nenek moyang kita juga pendatang seperti nenek moyang masyarakat cina dan india yang dikirim khas dek penjajah british satu masa dahulu? tepuk dada, tanyalah iman kita sendiri.

2 - fahaman dan ideologi yang bercanggah.

kita harus sedar, bahawa bukan saja bangsa kita yang berpecah belah, malah sudah beratus tahun dahulu masyarakat arab di timur tengah sana turut menderita disebabkan pemikiran yang tidak sehaluan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. rata-rata mereka ini terlalu ta'sub dan berbangga dengan keturunan dan darjat yang dimiliki sekaligus menidakkan tahap kabilah-kabilah yang lain. ana rasa, ini bukan perkara yang baru kerana secara totalnya, masyarakat arab dari zaman jahiliah merupakan bangsa yang kasar dan hanya agama islam berjaya menyatukan mereka secara penuh. malangnya, disebabkan perbuatan segelintir daripada mereka, tanpa diakui salah dan silap setiap satunya, perpecahan ini menjadi semakin mudarat dan terkesan hingga ke hari ini; antara sunnah dan syiah -- pastinya disebabkan rasa ketidakpuashatian yang sangat membungkam di jiwa mereka. ini ditambah pula apabila generasi-generasi sekarang mengiktiraf fahaman yang dibawa golongan-golongan yang tersasar jauh dari turutan yang digariskan Allah melalui sejarah dan sirah islam yang telah diajar Rasulullah. malah, di Jerman juga pernah diwujudkan tembok berlin yang memisahkan antara jerman timur dan jerman barat, tapi berjaya dirobohkan atas gesaan pihak-pihak tertentu yang benar-benar mahu bersatu dan melupakan segala yang pernah mereka alami. tapi bagaimana pula dengan korea? kewujudan perpecahan yang sangat jelas dan masih boleh dilihat sehingga kini, apabila kedua-dua pihak mempunyai ideologi dan fahaman yang pasti tidak sehaluan. adakah fahaman komunisme dan liberal yang didokong kedua-dua pihak mampu bersatu? ana tidak rasa begitu. ibarat air dan minyak, tidak akan boleh kedua-duanya bercampur dengan mesra. begitu juga dengan warna hitam dan putih, melainkan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil warna baru, iaitu kelabu sebagai fahaman baru yang boleh dibentuk kesatuan dan menyunting toleransi antara kedua-dua pihak.

3 - luka dan parut.

setiap perkara yang pernah berlaku, tidak mudah untuk kita melupakan perit dan derita yang dialami. seperti kita yang putus cinta, putus tunang, ataupun perceraian, adakah kita mampu hidup tanpa sekelumit pun di hati kita mekar dan dipenuhi rasa redha yang menggunung? kalau mampu, benar-benarlah kita maksum mengiringi nabi. sedarlah bahawa kita ini manusia normal yang dicipta dengan langkah yang kerap khilaf dan tersilap. selagi mana kita tak mendapat permohonan kemaafan yang benar-benar ikhlas dari sanubari pihak yang melakukan kesilapan, selagi itulah kita sukar memaafkan dengan ikhlas. inilah realiti kita sebagai manusia yang punyai fitrah sedemikian dan kita harus berani mengaku menggenggam fitrah sebegitu.

konklusinya, sekiranya kita benar-benar mahu bersatu di bawah satu bumbung agama islam, selarikanlah setiap objektif perjuangan, jihad, matlamat dan tujuan kita itu 'lillahi ta'ala' tanpa mengharapkan sekecil-kecil hal yang lain.

soalnya, adakah setiap kita mampu?

telah diberi akal yang bukan dangkal dan hati yang tak pernah mati;
antara agama dan kepentingan peribadi,
yang mana harus diutamakan dahulu?
atau sebetulnya dengan mencapai kepentingan peribadi itu mampu menjunjung agama ke tahap tertinggi?

tepuk dada, tanya iman.

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More