Sunday, August 5, 2012

Ramadhan - Adakah kita benar-benar menghayatinya?



Salman r.a telah berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami pada akhir bulan Syaban :

"Wahai manusia.Telah datang kepada kamu suatu bulan yang agung lagi diberkati.Satu bulan yang dalam 
bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar)  yang lebih baik dari seribu bulan.Satu bulan yang Allah jadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu & berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat.Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga.Bulan itu adalah bulan simpati,bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.Sesiapa yang memberi seorang yang berpuasa untuk berbuka,maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.Para sahabat r.an.hum lalu berkata 'Bukankah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa."Maka Rasulullah bersabda, " Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa sahaja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat,pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka.Sesiapa yang meringankan bebanan hambanya-hambanya(pekerja-pekerjanya) pada bulan itu,maka dia akan diampunkan oleh Allah dan dia akan dilepaskan daripada azab api neraka

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara.Dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan.Adapun dua perkara yang dapat kamu redakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya.Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan adalah memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku(pada hari kiamat),dengan sekali minum,dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."

*terdapat perselisihan di kalangan muhaddithin terhadap beberapa orang perawi hadith ini.Namun demikian hadith riwayat mereka ini masih boleh diterima dengan alasan bahawa hadith ini merupakan hadith fadhail (Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’) dan kebanyakan isi hadith ini disokong oleh riwayat - riwayat yang lain


Ramadhan tiba lagi Ya Allah.Syukur kau ketemukan aku kembali dengan Ramadhan tahun ini Ya Allah.Tak ternilai rahmat yang Allah telah berikan pada hambanya dengan kedatangan ramadhan ini.Pada bulan ini jugalah kita dapat lihat semua umat Islam berlumba-lumba untuk membuat amal ibadat.Tidak lupa juga pada mereka yang ingin menambah & memperbaiki amalan.

Hadis ini dinyatakan oleh Rasulullah pada para sahabat pada penghunjung bulan Sya'ban,untuk memberitahu kepada para sahabat tentang kedatangan satu bulan yang diberkati lagi dirahmati iaitu Ramadhan Al-Mubarak

Bulan yang dimana didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar.Tapi sejauh mana kita sebagai umat Islam yang beriman bersungguh-sungguh untuk mendapapatkan malam seribu bulan ini?Adakah hanya dengan menunggu 10 malam terakhir sahaja baru hendak mula kuat beribadah?

Sesungguhnya jika kita betul-betul bersungguh-sungguh untuk mendapatkan malam lailatul qadar ini,persiapan sebenarnya teah dibuat dari awal lagi.Iaitu selewat-lewatnya awal Ramadhan,dan bukannya pada sepuluh malam terakhir.Oleh itu beruntunglah bagi mereka yang telah melakukan persiapan awal untuk mendapatkan malam Lailatulqadar.

Di bulan Ramadhan juga semua amalan sunat akan dilipat gandakan pahala seperti melakukan solat fardhu,manakala amalan solat fardhu,akan digandakan dengan sebanyak 70 pahala amalan fardhu.Tetapi,ramai yang lebih mementingkan perkara yang sunat berbanding perkara fardhu.Contohnya amat mudah.Lihat saja pada solat terawih.Jemaah yang hadir amat ramai.Ini memang sesuatu yang baik.Namun apa yang lebih baik,kita juga sama-sama memenuhkan saf solat fardhu.Ia akan nampak lebih cantikAda juga yang hanya semata-mata berpuasa,tetapi,meninggalkan solat fardhu,bersedekah dan bermacam lagi amalan yang lain.Seharusnya pada bulan inilah kita memperhebatkan & memperbanyakkan lagi amalan harian kita.Oleh itu,mulai dari sekarang marilah kita sama-sama,memperbaiki amalan kita pada bulan ramadhan yang mulia ini.

Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk melatih diri agar menjadi sabar & tenang.Memang tidak dinafikan banyak dugaan yang akan diharungi kita sepanjang bulan Ramadhan.Keadaan perut yang lapar boleh juga menyebabkan seseorang bertindak diluar kawalan.Namun jika kita memahami apa erti sebenar ramadhan dan menghayatinya,InsyaAllah perkara ini tidak akan berlaku.Lihat saja di jalan raya kita.Kenderaan berpusu-pusu untuk balik kerumah bila selesai waktu kerja.Ada yang tanpa timbangrasa memandu secara melulu seolah-olah,hanya dia sahaja yang berpuasa tanpa memikirkan orang lain.Tindakan seperti itu secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kepada orang lain seperti kemalangan,kerosakan & sebagainya.Seelok-eloknya kita bersabar,bertenang, & cuba fikir sejenak,sesungguhnya orang lain juga berpuasa.Dan mereka juga sama-sama ingin pulang berbuka dirumah bersama keluarga mereka.Tidak batal kan puasa seseorang jika berbuka puasa dalam kereta atau terperangkap dalam kesesakan lalulintas bukan?Jadi,sama-samalah kita memupuk rasa,sabar,tenang & juga timbang rasa.

Kita juga digalakkan untuk memberikan makanan untuk mereka yang berpuasa.Dalam kita berbuka dengan makanan yag sedap-sedap,berapa ramai diantara kita yang terdetik dihati memikirkan nasib saudara seIslam kita yang tidak cukup makan & tidak mempunyai juadah untuk berbuka?Hanya berbuka dengan air kosong?nasi kosong?Dan ada juga dikalangan mereka yang tidak mempunyai apa-apa untuk berbuka.Jadi dengan penghayatan ramadhan ini,ingatlah,walau semewah mana makanan yang kita ada,ada lagi yang masih mengemis dijalanan semata-mata untuk mencari sesuap nasi.Apa gunanya kita berpuasa jika kita tidak menginsafi kesusahan saudara seIslam kita yang masih tidak cukup makan.Banyak juga orang dikalangan kita yang menjadikan puasa sebagai alasan untuk tidak melakukan tugas rutin.Banyak kajian yang telah dilakukan para ilmuan perubatan & didapati puasa adalah amat baik untuk memberi rehat kepada perut selepas kuat bekerja menghadam pelbagai jenis makanan sepanjang tahun.Jadi,untuk memberi keselesaan & kesihatan pada perut,memang puasa adalah jawapannya.Bukankah "Setiap penyakit itu berpunca dari perut?"

Bulan ini juga dikatakan merangkumi 3 fasa.Iaitu fasa pertama iaitu sepuh hari yang pertama adalah fasa Rahmat.Pada fasa ini lihat sahaja saf solat sunat terawih di masjid.Penuh bukan?Tapi apa jadi pada fasa kedua - fasa pengampunan dan fasa ketiga - fasa pelepasan dari api neraka?Sepatutnya pada fasa kedua & ketiga itu manusia perlulah berlumba-lumba & memperhebatkan lagi amalan untuk mendapat keampunan Allah & pelepasan dari api neraka.Sepatutnya saf akan makin penuh & masjid akan terus ramai dikunjungi jemaah.Namun sebaliknya berlaku.Ramai yang mengejarkan fasa separuh harga & fasa lelong yang banyak dilakukan oleh peniaga-peniaga yang hanya mengaut keuntungan.Tepuk dada tanya iman wahai muslimin & muslimat.

Mohonlah juga pada bulan ini untuk dimasukkan kedalam syurga & dihindarkan neraka.Perbanyakkanlah istighfar dan menyebut kalimah hamdallah.Persiapkanlah diri untuk menghadapi 10 malam terakhir.Mohon dengan Allah supaya dapat diketemukan dengan lailatulQadar.

Ampunkan kami Ya Allah jika kami lalai dalam menghayati Ramadhan Mu
Semoga ramadhan ini dapat menjadi pembela kami di akhirat kelak

Amin.

0 comments:

Post a Comment

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More