Wednesday, August 8, 2012

Kenali Najis



Apa itu Najis?

Kotoran yang bagi setiap muslim wajib mensucikan diri daripadanya dan mensucikan apa yang dikenainya.







Jenis-jenis najis : -

  • Bangkai

Binatang yang mati tanpa disembelih kerana Allah SWT atau tuntutan agama,termasuklah bahagian yang dipotong dari binatang hidup (kaki,ekor,tangan)

Kecuali :

  1. Bangkai seperti ikan dan belalang
  2. Bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir contohnya : - semut,lebah dan lain-lain,maka  adalah suci,selama benda cecair itu tidak berubah kerananya
  3. Tulang dari bangkai,tanduk,bulu,rambut,kuku dan kulit adalah hukumnya suci
  4. Susu dari bangkai (yang tidak disembelih) adalah juga suci (keju)
  • Darah

Baik ia darah mengalir atau yang tertumpah,misalnya dari haiwan yang disembelih atau darah haid.Tetapi dimaafkan kalau sedikit

*Darah masfuha adalah darah yang terdapat dalam urat-urat dan itu dimaafkan
*Darah nyamuk  nyamuk atau bisul dan seumpamanya adalah dimaafkan

  • Daging Babi

Disepakati oleh ulama sebagai najis dan haram memakannya kerana najis

Nanah,Muntah dan Kotoran Manusia

Semuanya disepakati sebagai najis namun jika sikit,tidak mengapa

  • Kencing bayi 

- apabila belum sampai usia makan,bagi lelaki dicuci hanya dengan dipercikkan air sahaja.manakala bagi yang perempuan perlulah dicuci sehingga bersih
- apabila sudah sampai usia makan baik bayi lelaki atau perempuan, hendaklah dicuci sehingga bersih

  • Wadi
 
Merupakan air putih kental yang keluar mengiringi air kencing
Maka hendaklah berwuduk & mencuci kemaluannya

  • Madzi

Merupakan air putih yang melekit yang keluar sewaktu terangsang atau membayangkan senggama.
Wajib dicuci kemaluan dan kain yang terkena air madzi juga wajid dicuci (dipercikkan air)
*ia diberi keringanan kerana sering dialami oleh pemuda-pemuda yang sihat

  • Mani
Sebahagian ulama mengatakan ianya najis namun pendapat yang kuat menyatakan ianya SUCI
Disunatkan mencucinya bila basah dan mengoreknya bila kering
Mani adalah sama seperti hingus dan kahak

  • Kencing dan najis binatang yang tidak dimakan dagingnya

Kedua-duanya adalah najis

  • Binatang Jallalah

Binatang yang memakan kotoran,baik itik,ayam,unta,sapi,kambing dan lain-lain sehingga bau dagingnya berubah
Tetapi apabila cara pemakanannya diubah,dagingnya boleh dimakan kerana telah berubah dari yang kotor kepada yang bersih

  • Khamar/Arak

Jumhur ulama menyatakan arak adalah najis dan haram meminumnya

"Sesungguhnya arak,judi,berhala dan bertenung nasib itu adalah najis dan termasuk dalam pekerjaan syaitan"
Surah Al-Maidah,ayat 90

  • Anjing

Adalah najis dan wajib mencuci apa yang dijilatnya sebanyak tujuh kali dan dimulai dengan air tanah

*Diringkaskan dari Kitab Fikh Sunnah (Sayid Sabiq)


0 comments:

Post a Comment

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More