Monday, April 9, 2012

Fadhilat Al-Quran - Orang yang membaca Al-Quran





'Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Seseorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur.Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran"

(Hadith riwayat Bukhari,Muslim,Abu daud,Tarmizi dan Ibnu Majah)

Seseorang yang ahli dalam Al-Quran bermakna seorang yang menghafal Al-Quran dengan baik & sentiasa membacanya.Sekiranya dia dapat menguasai makna & maksud Al-Quran maka itu adalah lebih baik lagi.'Akan berada bersama malaikat' bermaksud bahawa sebagaimana para malaikat itu bertugas memindahkan Al-Quran daripada Lauh Mahfuz(kitab yang terpelihara disisi Allah),demikian juga pembaca Al-Quran,dia menyebarkan dan menyampaikan Al-Quran kepada orang lain.Seolah-olah kedua-dua mereka mempunyai tugas yang sama.Atau kenyataan itu membawa maksud bahawa pembaca Al-Quran itu akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari kiamat

Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran,satu ganjaran untuk bacaannya & satu lagi kerana dia menanggung susah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat.Namun,ini tidaklah bermakna bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada ganjaran seorang yang mahir.Ganjaran yang telah dinyatakan untuk orang mahir,berlipat kali ganda lebih besar daripada ganjaran untuknya,sehingga orang yang mahir dikatakan akan berhimpun bersama-sama dengan para malaikat yang khusus.Malah,maksud kenyataan itu ialah,disebabkan dia bersusah payah membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat maka dia akan mendapat ganjaran yang berasingan.Oleh itu,JANGANLAH SESEORANG MENINGGALKAN MENINGGALKAN PEMBACAAN AL-QURAN KERANA ALASAN PEMBACAANNYA TERSEKAT-SEKAT.

Mulla Ali Qari r.a telah menukilkan semula daripada hadith riwayat Tabarani & Baihaqi bahawa seseorang yang cuba menghafal Al-Quran tetapi tidak dapat mengingatinya akan mendapat dua ganjaran.Begitulah juga seseorang yang sentiasa bercita-cita untuk menghafal Al-Quran tetapi tidak ada kekuatan untuk mengingatinya,namun dia tidak meninggalkan pembacaannya maka dia akan dihimpunkan oleh Allah swt bersama para hafiz di hari kiamat

Wallahu 'alam

[Petikan kitab Fadhilat Amal - Fadhilat Quran (Hadith ke 4)]

0 comments:

Post a Comment

Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More