Kenali kafir Zimmi dan Harbi

Isu kafir mengkafir sekarang ini makin menjadi-jadi dan makin mengelirukan.Jadi apa makna kafir sebenar?

Ramadhan - Adakah kita benar-benar menghayatinya?

.Telah datang kepada kamu suatu bulan yang agung lagi diberkati.Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan.

Perjuangan Mujahidin Syria

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Tidak akan terjadi hari kiamat ,hingga munculnya banyak sekali kekacauan.Lalu para sahabat bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan harj (kekacauan) itu,wahai Rasullullah?Nabi SAW menjawab : Pembunuhan demi pembunuhan." (Hadis riwayat Muslim)

Fadhilat Al-Quran : Orang yang membaca Al-Quran

Ketahui kelebihan orang yang bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran

Taubat dikala zahir tanda-anda akhir kiamat?

Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku),adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat seseorang yang bertaubat?Adakah pada saat itu masih diterima orang kafir yang hendak memeluk agama Islam?Adakah pada ketika itu amaln soleh masih diangkat kepada Allah SWT?Adakah pada ketika itu orang Islam masih wajib bersolat?Kalau masih wajib,bagaimana pula cara kita mengerjakannnya?

Showing posts with label Fadhilat Amalan. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat Amalan. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Kisah disebalik Penurunan Surah Al Falaq & An Naas




Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah terkena sakit yang agak parah sehingga datang kepadanya dua Malaikat,satu duduk di sebelah kepalanya & satu lagi duduk disebelah kakinya.

Berkatalah malaikat yang duduk di sebelah kakinya kepada malaikat yang duduk di sebelah kepalanya : "Apakah yang engkau lihat?"Malaikat itu menjawab : "Dia terkena guna-guna".Malaikat itu bertanya lagi : "Apakah guna-guna itu?"Malaikat itu menjawab : "Guna-guna adalah sihir"

Kemudian malaikat itu bertanya lagi  : "Siapakah yang membuat sihirnya?"Malaikat itu menjawab : "Labid bin al Asham Alyahudi.Sihirnya adalah berupa gulungan yang disimpan di dalam sumur keluarga si Fulan dibawah sebiji batu besar.Datanglah ke sumur itu,timbalah airnya & angkatlah batunya.Kemudian ambil gulungan tersebut & bakar."

Pada keesokan paginya Rasulullah mengutus Ammar bin Yasir beserta kawan-kawannya.Apabila tiba di sumur tersebut,tampaklah airnya merah seperti air inai.Air itu ditimbanya & diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan tersebut & terus dibakar.Ternyata di dalam gulungan tersebut terdapat tali yang terdiri daripada sebelas simpul.

Maka penurunan kedua surah diatas adalah berkenaan dengan peristiwa tersebut.Setiap kali Rasulullah saw membaca satu ayat maka terbukalah simpulannya.

(Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam kitab Dala'ilun Nubuwwah dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)  

Keterangan : 

Didalam kitab Bukhari terdapat syahid(penguat hadis) yang menceritakan seperti di atas tetapi tidak menyebut tentang sebab turunnya kedua surah tersebut.Manakala dalam riwayat lain pula ada syahid yang menceritakan seperti di aats & menyebut sebab turunnya kedua surah itu

Dalam riwayat lain pula ada dinyatakan bahawa kaum Yahudi menyediakan makanan untuk Rasulullah.Setelah makan makanan tersebut, tiba-tiba Rasulullah jatuh sakit sehingga sahabat-sahabatnya merasakan bahawa penyakit itu timbul dari perbuatan Yahudi itu.Maka turunlah Jibril membawa dua surah ini dan membacakan ta'udz ( adalah ucapan a’udzu billahi minasy syaithonir rojim. Artinya, aku berlindung kepada Allah dari (godaan, kejahatan, bisikan) setan yang terkutuk)

Seketika itu juga Rasulullah keluar menemui sahabat-sahabatnya dalam keadaan sihat walafiat

(Kitab Asbabun Nuzul : Sejarah Turunnya Ayat Al-Quran karya Imam Jalaluddin As Sayuthi)

Nota kaki : 

Dua surah yang pendek namun banyak khasiat & fadhilatnya.Antaranya seperti yang dinyatakan di atas iaitu pelindung dari pada sihir dengan izin Allah.Dalam kisah di atas juga di riwayatkan bahawa Rasulullah saw pun terkena sihir,inikan pula kita umatnya yang lemah dan jahil ini.Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu terdapat penyembuh penyakit.Kita sahaja yang lalai & tidak bergantung kepada Allah.Malah hanya bergantung pada makhluk & selebihnya tawakkal pada Allah swt. 

Oleh itu amalkanlah membaca surah Al Falaq & surah An Naas.Mudah-mudahan dengan amalan yang kita lakukan itu maka terhindarlah kita dari sihir & tipu daya syaitan.

Wallahu 'alam

 

Monday, April 9, 2012

Fadhilat Al-Quran - Orang yang membaca Al-Quran





'Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Seseorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur.Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran"

(Hadith riwayat Bukhari,Muslim,Abu daud,Tarmizi dan Ibnu Majah)

Seseorang yang ahli dalam Al-Quran bermakna seorang yang menghafal Al-Quran dengan baik & sentiasa membacanya.Sekiranya dia dapat menguasai makna & maksud Al-Quran maka itu adalah lebih baik lagi.'Akan berada bersama malaikat' bermaksud bahawa sebagaimana para malaikat itu bertugas memindahkan Al-Quran daripada Lauh Mahfuz(kitab yang terpelihara disisi Allah),demikian juga pembaca Al-Quran,dia menyebarkan dan menyampaikan Al-Quran kepada orang lain.Seolah-olah kedua-dua mereka mempunyai tugas yang sama.Atau kenyataan itu membawa maksud bahawa pembaca Al-Quran itu akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari kiamat

Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran,satu ganjaran untuk bacaannya & satu lagi kerana dia menanggung susah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat.Namun,ini tidaklah bermakna bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada ganjaran seorang yang mahir.Ganjaran yang telah dinyatakan untuk orang mahir,berlipat kali ganda lebih besar daripada ganjaran untuknya,sehingga orang yang mahir dikatakan akan berhimpun bersama-sama dengan para malaikat yang khusus.Malah,maksud kenyataan itu ialah,disebabkan dia bersusah payah membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat maka dia akan mendapat ganjaran yang berasingan.Oleh itu,JANGANLAH SESEORANG MENINGGALKAN MENINGGALKAN PEMBACAAN AL-QURAN KERANA ALASAN PEMBACAANNYA TERSEKAT-SEKAT.

Mulla Ali Qari r.a telah menukilkan semula daripada hadith riwayat Tabarani & Baihaqi bahawa seseorang yang cuba menghafal Al-Quran tetapi tidak dapat mengingatinya akan mendapat dua ganjaran.Begitulah juga seseorang yang sentiasa bercita-cita untuk menghafal Al-Quran tetapi tidak ada kekuatan untuk mengingatinya,namun dia tidak meninggalkan pembacaannya maka dia akan dihimpunkan oleh Allah swt bersama para hafiz di hari kiamat

Wallahu 'alam

[Petikan kitab Fadhilat Amal - Fadhilat Quran (Hadith ke 4)]

Thursday, March 29, 2012

Fadhilat Amalan 99 Nama Allah (Selepas fardhu Subuh)

Bismillah.....

Sesungguhnya Allah Maha Kaya & Maha Kuasa.Kekuasaan Allah memang telah terbukti & tiada tolok bandingnya seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-4 :

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( ُق ْ ل هُوَ اللَّهُ َأحَدٌ ( 1
1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
( اللَّهُ الصَّمَدُ ( 2
2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.
( َلمْ يَلِدْ وََلمْ يُوَلدْ ( 3
3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
( وََلمْ يَ ُ كن لَّهُ ُ كُفوًا َأحَدٌ ( 4
4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.


Ayat ini walaupun pendek namun ia cukup untuk membuktikan bahawa kekuasaan Allah SWT itu adalah tiada tolok bandingnya.Kehebatan ayat ini terbukti sehingga Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

 "Demi jiwaku di tanganNya,sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Qur'an."

Demikian lah hebatnya Kekuasaan Allah & ayat-ayatnya.

Kebesaran & kehebatan Allah juga terkandung dalam 99 namanya.

Tahukah kita bahawa nama-nama Allah ini juga mempunyai fadhilat & khaifiatnya jika kita amalkan?
Ini adalah serba sedikit amalan-amalan yang kita boleh lakukan disamping dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT,Tuhan yang Maha Agung.Sesungguhnya,rahmat & kasih sayang Allah terhadap hambaNya adalah sangat luas.

Amalan 99 nama Allah selepas Solat Subuh : -

Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang  mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya.  Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan  di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.




*nota kaki - Waktu subuh adalah waktu paling susah untuk umat Islam menunaikan solat.Mengapa?Kita boleh lihat berapa ramai yang bangun sama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah?Paling kuat pun satu saf.Itupun susah.Salah satu perkara yang ditakuti oleh orang-orang yahudi adalah bila mana umat Islan kebanyakannya sudah boleh bangun solat Subuh berjemaah.Itu adalah kekuatan kita sebenarnya.Berapa ramai yang mampu bangun dikala semua orang sedang nyenyak tidur dalam selimut tebal mereka?Beruntunglah mereka yang dapat menunaikan solt subuh berjemaah.

Wallahu'alam


Advertise

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More